Ibu-Bapa Berpisah Punca Remy Ishak Ambil Masa Mahu Kahwin

Pelakon Remy Ishak mengakui belum bersedia untuk berkahwin kerana mahu memastikan masa depannya dirancang dengan baik.

Remy atau nama sebenarnya Muhammad Zalimei Ishak, 36, berkata dia juga memikirkan tanggungjawab seorang suami dan tak ingin melalui pengalaman seperti ibu bapanya yang sudah bercerai.

"Untuk menjadi seorang suami itu, tanggungjawabnya besar bukan hanya untuk menyatukan silaturahhim. Saya seorang lelaki yang mahu memastikan masa depan berjalan dengan lancar.

"Jadi saya merancang untuk semuanya berjalan dengan baik. Saya dari dulu seorang yang mementingkan tanggungjawab menjaga keluarga.


"Saya berasal daripada keluarga yang berpecah-belah dan saya tak nak melalui pengalaman yang sama sebab itu tidak mahu terburu-buru soal kahwin," kata Remy.

Remy ditemui ketika majlis pelancaran pakej percutian Kowamas Holidays bersama kelab peminat untuk bercuti ke Sepanyol.

Majlis berkenaan diadakan di D’Tunjong Damansara Bouquet, Kota Damansara, di sini pada Ahad.

Tambah Remy, dia dan tunangnya Roszaliza Yusof juga melalui ujian bertunang seperti pasangan yang lain.

"Biasalah setiap hubungan ada turun dan naik. Itu adalah proses untuk kami mengenali satu sama lain," ujarnya.

Remy mengikat tali pertunangan dengan ahli perniagaan pada Mei tahun lalu dan masih belum mempunyai tarikh perkahwinan.


Dalam pada itu, pelakon drama Kekasih Paksa Rela teruja dapat bercuti dan meluangkan masa dengan peminatnya tidak lama lagi.

Dengan tajaan daripada syarikat Kowamas Holidays, Remy akan membawa lebih 30 orang ahli kelab peminatnya bercuti di Sepanyol.

"Saya memang sangat teruja bakal bercuti dengan peminat-peminat yang sentiasa memberi sokongan pada saya sejak mula menceburi bidang seni.

"Sepanjang lebih 12 tahun dalam industri, saya tak pernah dapat meluangkan masa dengan lebih lama dengan mereka. Jadi, ini adalah peluangnya.

"Insya-Allah kami akan bawa dalam 30 orang ahli kelab peminat saya tapi kalau ada yang nak ikut lepas tu kita masih ada sediakan lebih tempat," katanya.



Ibu-Bapa Berpisah Punca Remy Ishak Ambil Masa Mahu Kahwin Ibu-Bapa Berpisah Punca Remy Ishak Ambil Masa Mahu Kahwin  Reviewed by Kakigosip on 05:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.