Hutang Belum Bayar, Watie Beri Alasan Tak Masuk Akal - Hana

Konflik antara dua bekas anggota kumpulan Elite iaitu pelakon Hana Adnan dan Watie Sadali sehingga kini masih belum selesai.

Baru-baru ini Hana mendedahkan Watie masih belum menjelaskan hutangnya yang berjumlah RM112,000 seperti mana yang diperintahkan oleh mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

Hana mendakwaWatie memberikan alasan tidak masuk akal yang kononnya dia tidak mengetahui keputusan tersebut untuk membayar wang berkenaan.

Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana yang diperintahkan mahkamah.

"Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut.

"Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal," katanya seperti yang dilaporkan mStar online.

Media sebelum ini melaporkan, pada Oktober tahun lalu, Watie diarah membayar sebanyak RM112,000 melalui jabatan Insolvensi bagi memadam nama Hana daripada senarai hitam.

Bayaran tersebut perlu dilunaskan dengan jumlah permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki selebihnya harus dilunaskan sebanyak RM2,500 setiap bulan bermula dari Januari hingga Mei 2018.

Tambah Hana lagi, sekiranya Watie masih berdegil untuk membayar wang tersebut dia tidak teragak-agak untuk membawa kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Terdahulu, Hana telah diisytihar muflis pada 1 April 2013 dan tidak dibenarkan ke luar negara kerana Watie gagal melunaskan bayaran kepada pihak bank terhadap sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dibeli menggunakan nama Hana

Watie juga dikatakan gagal untuk membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insuran dan perkara berkaitan kereta tersebut sejak September 2010.
Hutang Belum Bayar, Watie Beri Alasan Tak Masuk Akal - Hana Hutang Belum Bayar, Watie Beri Alasan Tak Masuk Akal - Hana Reviewed by Kakigosip on 13:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.