Hubungan Erni Dengan Syamil Sudah Dapat Restu Keluarga


Hubungan antara penyanyi Erni Zakri dan Syamil sejak kebelakangan ini dikatakan sudah semakin mesra.

Menerusi ruangan pojok sebuah akhbar tempatan menyebut, dua penyanyi berbakat besar ini khabarnya sudah bersikap terbuka mengaku mereka sebenarnya serius bercinta.

Hubungan cinta mereka betul-betul berputik selepas Erni putus cinta dengan bekas kekasihnya.

Bak kata orang tua-tua, situasi Erni kiranya diibaratkan seperti patah tumbuh hilang berganti.

Antara yang menguatkan kisah cinta mereka adalah masing-masing sudah membahasakan diri dengan panggilan sayang!

Malah dengar cerita, keluarga Erni pun sudah merestui hubungan cinta mereka.

Semoga hubungan cinta yang baru terjalin antara mereka berdua berterusan sampailah ke jenjang pelamin.
Hubungan Erni Dengan Syamil Sudah Dapat Restu Keluarga Hubungan Erni Dengan Syamil Sudah Dapat Restu Keluarga Reviewed by Kakigosip on 13:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.