Haziq 'up to date'

PENYAMPAI radio Hot FM, Haziq dipilih mengacarakan program Muzik Muzik 33 untuk bergandingan dengan pengacara, Sherry Al Hadad.

Penerbit Eksekutif Muzik Muzik 33, Nurul Huda Khalid berkata, pemilihan Haziq atau Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, 28, dibuat menggantikan Hefny Sahad yang juga pengacara program itu pada musim lalu.

"Kita memerlukan seseorang berpengetahuan luas dalam industri muzik. Jadi, pemilihan Haziq tepat kerana dia penyampai radio dan 'up to date' mengenai muzik.

"Pengacara sebelum ini okey, cuma kita inginkan yang lebih baik. Dalam erti kata lain, pembaharuan ini sedikit sebanyak memberikan warna baru dalam program ini," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nurul Huda, pihak perbitan ingin penonton menjadikan program Muzik Muzik sebagai rujukan sebelum berlangsungnya Anugerah Juara Lagu (AJL).

"Masih banyak yang tidak tahu, sebelum sesebuah lagu melangkah ke AJL, mereka perlu bertanding di peringkat mingguan menerusi Muzik Muzik.

"Jadi, untuk musim baru ini kami ingin memperkasakan lagi Muzik Muzik 33. Disebabkan itu, kami mencari pengacara yang lebih berinformatif, segar dan aktif," katanya.

Haziq bakal memulakan tugas pada 12 Februari ini, setiap hari Isnin, jam 11 malam di TV3.
Haziq 'up to date' Haziq 'up to date' Reviewed by Kakigosip on 05:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.