Hasrat murni dikecam

Tindakan penyanyi R&B, Chris Brown memuat naik satu cadangan di Twitter baru-baru ini nampaknya tidak disenangi ramai.

Walaupun tweet itu berniat mulia untuk mengumpulkan nama besar dalam sebuah konsert, sebaliknya dia menerima kecaman hebat daripada netizen.

Dalam kenyataan itu, penyanyi Heartbreak On A Full Moon berkenaan menyuarakan hasrat berkongsi pentas dengan Beyonce, Rihanna dan Bruno Mars.

“Hanya terfikir...A Crazy World Tour menampilkan Beyonce, Rihanna, Bruno Mars, Chris Brown. Jika anda memutuskan untuk melakukannya tanpa saya, beri saya 10 peratus,” tulisnya di Twitter.

Sebaik dia memuat naik tweet berkenaan, Chris mengundang kemarahan ramai yang mula mengaitkannya semula dengan insiden lama bersama Rihanna.

Tidak lama dulu, penyanyi itu pernah memukul Rihanna yang juga bekas kekasihnya. Insiden itu masih diingati ramai hingga sekarang.

Netizen mengungkit semula kisah berkenaan hanya kerana Chris menyebut nama penyanyi itu dalam tweetnya.

Dalam pada itu, ramai yang mengecamnya kerana menyamakan diri dengan artis yang disenaraikannya itu.

Rata-rata bersetuju dia tidak layak menyamakan dirinya dengan mereka disebabkan dia belum berada di tahap tiga artis terbabit.

“Saya sebenarnya sangat penat dengan orang yang fikir Chris Brown lebih bagus sebagai penghibur berbanding Beyonce. Sangat memalukan apabila dia ingat tahapnya sudah setanding Beyonce.

“Saya boleh katakan tanpa ragu, Beyonce adalah penghibur terbaik untuk era sekarang,” itu antara komen netizen di media sosial terbabit.

Selepas dihujani komen negatif berkenaan, Chris tidak mahu berdiam diri dan tampil dengan kenyataan balas pula menerusi sebuah video di Instagram.

“Terima kasih G, saya amat hargai kamu semua,” itu kapsyen ditulisnya pada video berkenaan.

Dia kemudian berkongsi pula di Twitter mengenai album terbarunya Heartbreak On A Full Moon yang mencapai kutipan platinum pada bulan lalu. Ia berlaku selepas album berkenaan dilancarkan dua bulan lalu.

“Katalah apa saja yang kamu mahu...tidak akan mengganggu pun pada tahap ini,” tulisnya.

Sementara itu, Chris kini dalam proses menyiapkan sebuah projek baru bersama penyanyi R&B, Jacquees.
Hasrat murni dikecam Hasrat murni dikecam Reviewed by Kakigosip on 13:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.