Harap peminat terima semula...

"SAYA tidak pernah bersara kerana dunia lakonan ini sudah sebati dengan jiwa saya."

Itu luahan pelakon Atikah Suhaime yang kini kembali aktif selepas mengambil keputusan berehat daripada bidang lakonan dan menetap bersama keluarganya di Singapura pada Jun tahun lalu.

Atikah berkata, dia mengakui sukar meninggalkan bidang seni yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

"Keputusan memperlahankan aktiviti seni adalah pilihan tepat selepas trauma kerana tiada tawaran berlakon di Malaysia. Sebab itulah saya menerima tawaran sebagai pegawai pemasaran di Singapura.



"Bagaimanapun, saya sedar jiwa masih menebal tehadap bidang lakonan. Selepas mengumumkan untuk perlahankan aktiviti seni, saya mula dihujani tawaran daripada pihak produksi membuatkan saya sukar menolaknya," katanya.

Menurut Atikah, dia berharap kemunculan semulanya dalam bidang seni diterima baik tambahan lagi didukung dengan sokongan padu syarikat pengurusan terbarunya, Nusantara Sdn Bhd.

"Selepas apa berlaku saya bermuhasabah diri untuk bertenang dan berfikiran positif. Saya mempertingkatkan teknik lakonan di Jakarta, Indonesia.

"Malah saya turut ditawarkan menjadi artis naungan Nusantara Sdn Bhd yang akan menguruskan kerjaya seni saya di Malaysia, Indonesia dan Singapura.

"Diharapkan kehadiran saya diterima baik peminat dan akan cuba lakukan yang terbaik bagi memastikan bakat lebih menonjol berbanding cerita sensasi," katanya.

Terdahulu nama Atikah panas dengan pelbagai kontroversi hingga wanita berusia 27 itu memberi gambaran akan bersara daripada dunia lakonan dan kembali menetap bersama keluarganya di Singapura.

Malah, dia juga mendedahkan kehabisan duit simpanan menjadi salah satu punca dia pulang ke Singapura sejak Jun tahun lalu.
Harap peminat terima semula... Harap peminat terima semula... Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.