Hanya tuhan sahaja yang tahu hubungan saya dengan Farid

"HANYA tuhan sahaja yang tahu," kata pelakon, Sofi Jikan ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pengarah, Datuk Farid Kamil.

Menurutnya, dia menganggap kes tersebut merupakan ujian dari ALLAH.

"Ini ujian ALLAH dan kita semua insan yang lemah. No komen," katanya ringkas kepada media di Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini.



Terdahulu Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan di bawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya jam 10.10 pagi dan keluar jam 11.40 untuk di bawa ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Petaling Jaya.

Sebelum ini, pelakon itu direman tiga hari selepas positif positif ganja ketika hadir memberi keterangan di IPD.

Dia kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) AKta Dadah Berbahaya 1952.
Hanya tuhan sahaja yang tahu hubungan saya dengan Farid Hanya tuhan sahaja yang tahu hubungan saya dengan Farid Reviewed by Kakigosip on 08:10:00 Rating: 5
Powered by Blogger.