Hal remeh-temeh saja: Nur Fazura

PASANGAN selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura bersikap terbuka apabila nama mereka tidak tercalon menerusi kategori Couple Meletop pada Anugerah MeleTop ERA 2018 (AME 2018).

Malah, Nur Fazura menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara yang remeh-temeh.

"Actually, I do not mind at all because saya pun tak pernah attend atau sertai anugerah tersebut.

"Saya rasa, saya dan Fattah tak perlu award sebegitu. I will never think myself as a couple meletop," katanya pada media ketika ditemui selepas pelancaran filem televisyen, Janji Zehan, semalam.

Bahkan, pelakon filem Langit Cinta ini mengakui tidak kisah apabila nama mereka tidak dicalonkan.

"We are OK and apa yang kita buat sekarang hanya mahu fokus on our talent and creativity dan bukannya perkara remeh-temeh begitu," katanya.

Sebelum ini, kecoh ketiadaan nama pasangan sensasi tersebut dalam pencalonan itu sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati serta tanda tanya dalam kalangan peminat mereka.

Terdahulu, Ketua Strategi Kandungan dan Inovasi Astro, Namanzee Haris menafikan AME 2018 sengaja tidak mencalonkan nama dua artis sensasi terbabit.

Sebaliknya, katanya, ia termaktub dalam terma dan syarat pencalonan kerana majlis pernikahan pasangan popular itu berlangsung pada 27 November lalu, sedangkan senarai pencalonan ditutup pada 14 November.
Hal remeh-temeh saja: Nur Fazura Hal remeh-temeh saja: Nur Fazura Reviewed by Kakigosip on 06:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.