Haiza tak lupa rakan-rakan 80-an, 90-an

PENYANYI dan penyampai radio Haiza berasa gembira kerana dapat membantu rakan-rakan artis 80-an, 90-an mempromosikan produk terbaru mereka di radio Kool FM. 

Berpengalaman selama 23 tahun dalam industri sememangnya Haiza antara artis yang seusai menjadi bahan rujukan. 

Menurutnya sebagai penyanyi di era tersebut dia hanya membantu memberi cadangan dan selanjutnya terpulanglah kepada pihak pengurusan Kool FM. 

"Sekitar tahun 2000 lalu peluang untuk artis-artis 80-an, 90-an ke udara di corong radio agak kurang.  Tapi sekarang lagu-lagu zaman itu sudah kembali. Jadi sebagai penyanyi, saya bantu apa yang patut apabila ditanya. 

"Tak ada pilih kasih, sesiapa sahaja artis 80-an, 90-an, Kool FM akan sokong," jelasnya. 

Hal ini kerana sejak Haiza berada di Kool FM, barulah rakan-rakan artis seperjuangan dengannya malah yang lebih otai daripada dia juga kerap mendapat tempat di stesen radio tersebut. 

"Zaman lagu era itu dah pusing semula. Syukur alhamdulilah," katanya di majlis sambutan hari lahirnya di Putrajaya, 2 Februari lalu. 

Majlis tersebut adalah kerja keras kelab peminatnya Haiza Troopers. 

"Mula-mula mereka kata nak buat pelancaran minyak wangi terbaru tapi alih-alih jadi lain pula. Rupa-rupanya sambutan hari lahir.  Terima kasih kepada semua peminat yang masih lagi sudi membuat sambutan untuk saya," katanya. 

Menyambut usia 38 tahun, Haiza diusik dengan persoalan menambah cahaya mata. 

"Harap-harap cepatlah dapat," katanya.

Bisnes kecilan
Bercerita mengenai minyak wangi terbaru, Haiza jujur memberitahu bahawa minyak wangi tersebut harganya berpatutan

"Batch pertama dah habis jadi sekarang buat batch yang kedua, lebih besar iaitu dan harga lebih berpatutan iaitu RM50 sahaja. 

"Dulu guna orang tengah jadi terpaksa harga tinggi, yang sekarang ini jumpa direct kilang, bolehlah jual harga patut.  Untuk harga bulan hari lahir sepanjang Februari ini akan dapat lagi diskaun 10 peratus. 

"Bisnes ini  kecil-kecilan sahaja sebab untuk peminat atau sesiapa sahaja yang mahu cuba minyak wangi Haiza ini.  Insya-ALLAH, lepas ini akan lebih kembangkan lagi," katanya yang sememangnya berminat berniaga.


Haiza tak lupa rakan-rakan 80-an, 90-an Haiza tak lupa rakan-rakan 80-an, 90-an Reviewed by Kakigosip on 22:27:00 Rating: 5
Powered by Blogger.