Gambar Anak Kylie Jenner Pecah Rekod Instagram

Model dan bintang realiti TV, Kylie Jenner kembali membuktikan pengaruhnya di media sosial. Terbaru, foto puteri sulungnya, Stormi yang dimuat naik di laman Instagram berjaya memecahkan rekod baru.

Hanya dalam tempoh 24 jam, foto buah hati Kylie Jenner dan Travis Scott itu telah mendapatkan 'like' lebih daripada 14 juta pengikut. Angka tersebut menjadikan foto Stormi sebagai foto yang paling banyak mendapatkan like sepanjang masa.

Kylie Jenner mengumumkan nama anaknya, Stormi beserta foto yang dimuat naik menerusi Instagram, kelmarin. Kylie Jenner mengumumkan nama anaknya, Stormi beserta foto yang dimuat naik menerusi Instagram, kelmarin.

Rekod sebelum ini diraih oleh Beyonce yang berkongsi foto pertama anak kembarnya pada Julai 2017 dengan jumlah like ketika itu sebanyak 10.3 juta dan 317 ribu komen.

Kylie Jenner dan Travis Scott dikurniakan anak pertama pada 1 Februari lalu. Adik kepada Kim Kardashian itu dikabarkan hamil setelah lima bulan menjalin asmara dengan Travis.
Gambar Anak Kylie Jenner Pecah Rekod Instagram Gambar Anak Kylie Jenner Pecah Rekod Instagram Reviewed by Kakigosip on 14:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.