Forteen belum berkubur

Sedar tak sedar, penyanyi dan pelakon Izzue Islam sudah ada tiga single solo. Terbaru, Izzue tampil dengan lagu ciptaan sendiri berjudul Muzik Tiduranku.

Walaupun semakin yakin melangkah solo, itu tidak bermakna Izzue sudah melupakan perjuangannya bersama kumpulan Forteen.

“Forteen masih ada dan kami akan sama-sama berjuang. Kalau ada yang menganggap Forteen sudah berkubur, itu salah sama sekali,” katanya.

Menurut Izzue, kerjaya solo adalah satu lagi cabang rezeki memandangkan keempat-empat mereka ada kelebihan tersendiri.



“Peminat juga ingin melihat kekuatan kami. Jadi, menerusi karya solo sebegini orang dapat melihat kemampuan kami selain menyanyi bersama sebagai satu kumpulan.

“Semua anggota Forteen sudah seperti adik-beradik dan kami saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Ditanya sama ada dia lebih selesa bergerak secara berkumpulan atau solo, Izzue berkata, kedua-duanya ada kelebihan.

“Saya selesa menjayakan persembahan secara berkumpulan.

“Sebenarnya saya ada beberapa kekurangan dan menerusi persembahan solo, saya dapat kenal pasti kekurangan itu, sekali gus belajar untuk memperbaikinya,” katanya.

Bagaimanapun, Izzue bersyukur kerana tawaran persembahan untuk Forteen dan dirinya sebagai penyanyi solo seimbang.

Tidak hanya single solo, Izzue turut memaklumkan Forteen bakal hadir dengan single baru tahun ini.

Bercerita mengenai single terbarunya, ada beberapa kelainan yang ditampilkan berbanding dua lagu terdahulu iaitu Bimbang dan Sahabat.

“Dari segi melodi, Muzik Tidurankan lebih perlahan dan sesuai dengan jiwa yang dilamun cinta. Jadi, susunan muziknya lebih ringkas dan berjiwa.

“Mengenai video muziknya, saya rakamkan ketika menjalani penggambaran filem XX Ray 3 di Jordan.

“Alang-alang, saya ambil peluang untuk mengabadikan lokasi menarik di negara itu dalam video muzik lagu ini,” katanya.

Lebih menarik, video muzik itu turut menampilkan isterinya, Awin Nurin dalam salah satu babak.

“Semua sedia maklum, isteri saya bukan jenis suka muncul depan kamera. Jenuh juga memujuk, akhirnya dia bersetuju.

“Bagaimanapun, dia tak mahu wajahnya terlalu kelihatan dan saya akur dengan permintaannya itu,” katanya.

Selain itu, beberapa artis turut muncul dalam beberapa babak dan itu menjadi elemen kejutan buat peminat Izzue.
Forteen belum berkubur Forteen belum berkubur Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.