Fazley sedia semuka chef kaki kritik

SELEBRITI terkenal Datuk Fazley Yaakob bersedia untuk bersemuka dengan chef yang mengkritik konsep ‘sweet table’ yang diperkenalkannya.

“Saya tidak ada masalah untuk berjumpa malah saya mahu belajar dengan chef yang dimaksudkan itu supaya saya jadi lebih bagus.

“Saya tidak mengenali chef tersebut tetapi sudi berkenalan dengannya,” ujar Fazley kepada Sinar Harian petang tadi.

Terdahulu, juara Masterchef Selebriti ini dikecam oleh seorang chef kerana konsep ‘Sweet Table’ tersebut.

Malah netizen juga memberikan pandangan bahawa tidak elok untuk mencampak-campakkan makanan.

“Ayat sebenarnya bukan mencampak tetapi saya melambungkan sahaja agar manisan tersebut sampai di tempatnya.

“Konsep ini saya dapat ketika berada di Amerika dan saya bawa ke Malaysia.  Setakat ini ramai yang suka malah jadual untuk ‘Sweet Table’ sepanjang Februari telahpun penuh,” ujarnya lagi.

Fazley juga tidak melatah malah turut mengucapkan terima kasih kepada para netizen yang secara tidak langsung turut membantu menularkan konsep ini.
Fazley sedia semuka chef kaki kritik Fazley sedia semuka chef kaki kritik Reviewed by Kakigosip on 06:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.