Fazley, Raf luah rasa rindu arwah ayah

PENYANYI dan chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menzahirkan rasa sedih atas kepulangan ke rahmatullah bapanya, Datuk Yaakob Mohammad, yang genap dua tahun, hari ini.

"#Alfatehah untuk arwah Bapak kesayangan kami semua Allahyarham Datuk Hj Yaakob Hj Mohammad, hari ini genap 2 tahun pemergian Bapak," tulisnya di Instagram (IG).

Malah, pelantun lagu Asmara Ini turut memuat naik video ketika membaca doa selepas pengebumian bapanya, yang dirakam pada 8 Februari 2015.

"Masih terasa-rasa kehangatan terakhir tubuhmu bapak, masih terlihat-lihat saat memandikan dan mengkafankanmu bapak, masih terkenang saatku menurunkan mu ke liang lahad dan masih kedengaran saat ku membacakan doa di pusaramu, bak baru semalam.

         
"Ketahuilah bapak, kami akan kekal merinduimu, kami akan sentiasa menyayangimu," luahnya lagi.

Pada masa sama, selebriti berusia 40 tahun ini tetap berpegang kepada wasiat bapanya yang memintanya menjaga ibu dan adik-beradiknya.

"Kini anak sulongmu meneruskan segala usahamu, memegang utuh wasiat mu agar menjaga bidadari mu (ibu tercinta) serta adik adikku. Bapak.. Paji amat rindukan Bapak," tulisnya sambil disertai #Alfatehah.

Turut berkongsi perasaan yang sama ialah adiknya, Raf Yaakob atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob.

"Few years before arwah meninggal, setiap kali solat Jumaat bertiga, arwah sering bertanya kepada @fazleyyaakob dan Raf, "Paji and Pajai, Bapak da senja ni. When i’m gone will you both mandikan dan kapankan Bapak? Will you both masukkan ke liang lahad and bacakan doa kat Bapak?"

"That time kami berdua tak ambil serius, kami hanya berseloroh jawab, “Apalah Bapak ni cakap camtu...but of course la we will do it for you!”," tulisnya di IG.

Bagaimanapun, lelaki berusia 33 tahun ini reda dengan ketentuan dan takdir ALLAH SWT.

"Few years after that, arwah betul-betul meninggalkan kami semua. Life is not easy without you around but kami redha. Tenang lah Bapak di sana.

"Ibu dan kami anak-anak serta cucu-cucu semua akan sentiasa mendoakan mu. And we will always miss you, we really do. Till we meet again. Allahyarham Datuk Haji Yaakob Haji Mohammad," tulisnya yang disertai #ALFATIHAH.

Bukan itu sahaja, suami kepada aktres, Mawar Rashid ini turut berkongsi cerita menarik mengenai arwah bapanya itu.

"Satu cerita menarik Raf nak share dengan semua. Arwah ni memang amat suka dengan nama-nama bunga ni. Pernah kami bercerita ketika naik ke Gunung Ledang back in 2015, arwah cakap, “adik anak kedua kau ni perempuan, Bapak nak suggest letak nama bunga boleh? Raden Seri Cempaka atau Raden Seri MAWAR”. Raf cakap Cempaka sedap, tapi macam nama sekolah Sri Cempaka tu!” And that’s why lah nama anak Raf jadi Chanela instead of Cempaka.

"Hmm... macam mana agaknya kalau arwah Bapak masih ada and tahu nama menantu dia tu MAWAR Kebetulan atau suratan @mawarashid?," tulisnya.

Pun begitu, Raf pasti arwah bapanya juga sedang bergembira apabila melihat dirinya sedang berbahagia, hari ini.

"Apa-apa pun I know he’s happy to see me happy now. Arwah knows my kisah hidup A-Z, sebab Raf terlalu rapat dengan beliau dan arwahlah menjadi tempat luahan hati Raf dan semua adik beradik," tulisnya.
Fazley, Raf luah rasa rindu arwah ayah Fazley, Raf luah rasa rindu arwah ayah Reviewed by Kakigosip on 04:49:00 Rating: 5
Powered by Blogger.