Fazley Kongsi Video Bacakan Doa Di Pusara Bapa Untuk Lepaskan Rindu

PENYANYI Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa rindu pada Allahyarham bapanya, Datuk Yaakob Mohammad yang sudah meninggal dunia dua tahun lalu.

Fazley atau nama sebenarnya Ahmad Fadzli Yaakob, 40, berkata dia masih memegang wasiat bapanya agar menjaga ibu serta adik-beradiknya.

"Al-fatihah untuk arwah bapak kesayangan kami semua Allahyarham Datuk Haji Yaakob Haji Mohammad, hari ini genap dua tahun pemergian bapa.

"Ketahuilah bapak, kami akan kekal merinduimu, kami akan sentiasa menyayangimu, kini anak sulong mu meneruskan segala usahamu.


"Memegang utuh wasiatmu agar menjaga bidadarimu (ibu tecinta) serta adik-adikku. Bapak... Paji (Falzey) amat rindukan bapak," kata Fazley menerusi laman Instagramnya.

Fazley memuat naik video ketika membaca doa selepas pengembumian bapanya yang dirakam pada 8 Februari 2015.

Selain itu, Fazley juga berkongsi perasaannya yang masih mengingati setiap detik-detik terakhir bersama Allahyarham.

"Masih terasa-rasa kehangatan terakhir tubuhmu bapak, masih terlihat-lihat saat memandikan dan mengkafankanmu bapak.

"Masih terkenang saatku menurunkan mu ke liang lahad dan masih kedengaran saat ku membacakan doa di pusaramu, bak baru semalam," tulisnya.

Dalam pada itu, adik Fazley Yaakon dan suami kepada pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob turut meluahkan rasa kerinduaan dengan memuat naik foto bersama bapanya.

Bapa kepada Fazley dan Raf meninggal dunia pada usia 67 tahun di Hospital Pakar KPJ Damansara, Petaling Jaya akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Umi Kalsom Abdul Latib dan empat anak serta lapan orang cucu.



Fazley Kongsi Video Bacakan Doa Di Pusara Bapa Untuk Lepaskan Rindu Fazley Kongsi Video Bacakan Doa Di Pusara Bapa Untuk Lepaskan Rindu  Reviewed by Kakigosip on 04:46:00 Rating: 5
Powered by Blogger.