Fasha Sandha kata gorgeous preggy mom, Sariyanti...

SEMENJAK beberapa bulan lalu, sudah kedengaran khabar angin yang menyatakan pelakon cantik, Sariyanti sedang hamil anak pertama hasil perkongsian hidupnya dengan pelawak dan penyampai radio SinarFM, Jep Sepahtu.

Namun sehingga ke hari ini, kedua-kedua selebriti ini belum lagi membuat pengesahan berhubungan berita ini.

Namun perkongsian yang dilakukan pelakon Fasha Sandha menerusi kapsyen pada sekeping gambarnya bersama Sariyanti dan seorang jurumekap terkenal, Tiar Zainal, telah membuatkan peminat kembali bercakap tentang perkara ini.

Menerusi perkongsian tesebut, Fasha meluahkan rasa gembira bertemu rakannya itu dan  menulis ‘preggy mom’ dipercayai merujuk kepada Sariyanti.

Melihat kepada kapsyen tersebut, para pengikutnya mula mengucapkan tahniah kepada Sariyanti dan Jep atas berita tersebut.

Namun sejauh mana kebenarannya masih belum dapat dipastikan. Kita tunggu sahaja kenyataan daripada pasangan ini nanti.
Fasha Sandha kata gorgeous preggy mom, Sariyanti... Fasha Sandha kata gorgeous preggy mom, Sariyanti... Reviewed by Kakigosip on 06:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.