Erwin takut penonton bosan

Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan. Begitulah juga kerjaya lakonan Erwin Shah Dawson yang semakin berkembang dan mendapat maklum balas positif di Malaysia.

Satu masa dulu, dia memberikan keutamaan pada filem, namun sebaik memulakan kembara seni di sini, ternyata peluang untuk berlakon drama terbentang luas.

Sejak kian dikenali menerusi drama lakonannya, jejaka kelahiran Singapura ini mula sedar dan perlu lebih terbuka dan tidak hanya fokus pada filem.

“Dari dulu saya mengutamakan tawaran filem. Bezanya, saya kini lebih terbuka untuk menerima tawaran menjayakan drama.

“Saya bimbang penonton bosan sekiranya wajah saya kerap muncul di kaca televisyen. Kalau layar perak, sudah pasti mereka jarang melihat lakonan saya.

“Namun, kalau orang tidak kenal dan nampak bakat saya mereka tidak mungkin menonton filem lakonan saya. Jadi, drama dan telefilem adalah landasan terbaik untuk menonjolkan bakat,” katanya.

Lebih tiga tahun melebarkan sayap di Malaysia, Erwin yang pernah membintangi filem Warna Cinta Impian mengakui dia belum berpeluang membuktikan kemampuan sebenarnya.

Namun begitu, dia bersyukur dan gembira kerana digandingkan dengan bintang hebat seperti Beto Kusyairy, Ummi Nazeera dan Jalil Hamid menerusi filem Bisik Pada Langit arahan Khabir Bhatia.

Jadual kerjanya juga padat dengan penggambaran. Situasi itu membakar semangatnya untuk terus bertahan dan mengejar impian bergelar pelakon serba boleh.

“Sebagai orang baru, saya tidak boleh terlalu memilih watak tetapi jauh di sudut hati saya teringin menjayakan naskhah berat meskipun tidak mendapat perhatian umum.

“Saya cuba berada di antara kedua-duanya. Karya komersial untuk perkenalkan saya kepada umum manakala karya berat adalah untuk pamerkan bakat,” katanya.

Pelakon berusia 29 tahun itu tidak kisah perlu bermula dari bawah walaupun di negara sendiri dia sudah dikenalik dan popular.

Sementara itu, drama 13 episod berjudul Tiada Arah Jodoh Kita lakonannya mula ditayangkan pada 13 Februari lalu. Naskhah itu menghiasi slot Akasia TV3.
Erwin takut penonton bosan Erwin takut penonton bosan Reviewed by Kakigosip on 06:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.