Erra, Bella sambut hari lahir bersama

UMUM mengetahui hubungan rapat yang terjalin antara Primadona Filem Malaysia, Erra Fazira dan bintang terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Kebetulan, kedua-dua wanita ini lahir dalam bulan yang signifikan dengan cinta, Februari, di mana Erra baru sahaja menginjak ke usia 44 tahun, 9 Februari lepas. Manakala Bella akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30, 24 Februari ini.

Hari ini, wanita penting dalam hidup Engku Aleesya dan Engku Emran ini diraikan dalam satu kejutan hari lahir oleh teman rapat mereka.


Menerusi perkongsian yang dibuat Bella menerusi laman Instagram miliknya, dia bersama Erra dilayan bak puteri dan dipercayai diraikan dalam sebuah spa.

Bella yang baru tiba di Kuala Lumpur berasa sungguh terharu dengan kejutan tersebut. Manakala Erra menerusi Insta Storynya turut berkongsi video ringkas melihatkan dua kek hari lahir bersama dua belon istimewa yang tertera nama mereka berdua.

Rata-rata pengikut di laman Instagram Bella turut terharu dan berasa kedua wanita ini sangat sweet kerana mempunyai hubungan yang akrab.
Erra, Bella sambut hari lahir bersama Erra, Bella sambut hari lahir bersama Reviewed by Kakigosip on 06:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.