Ernie, Syamel trending di YouTube

BIARPUN Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) telah seminggu berlalu, namun para peminat masih memperkatakan tentang kehebatan finalis yang bertanding.

Termasuklah persembahan pemenang Vokal Terbaik, Ernie Zakri dan Syamel menerusi lagi Aku Cinta.

Bukan sahaja mencipta kejayaan di pertandingan berprestij itu, tetapi persembahan pasangan duet di AJL32 itu juga kini menjadi trending di Youtube.

               
Sehingga kini persembahan mereka telah mendapat jumlah lebih 2.6 juta tontonan.

Ternyata persembahan mereka benar-benar menarik perhatian umum dan tetap menjadi bualan meskipun AJL32 tamat.

Malah rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memberikan komen yang positif sebagai tanda sokongan mereka.

Ramai yang mengharapkan agar Ernie dan Syamel  tampil dengan lagu duet terbaru selepas ini dan meneruskan kejayaan mereka sebagai pasangan duet serasi.
Ernie, Syamel trending di YouTube Ernie, Syamel trending di YouTube Reviewed by Kakigosip on 17:36:00 Rating: 5
Powered by Blogger.