Ernie, Syamel power!

VIDEO persembahan lagu Aku Cinta nyanyian Ernie Zakri dan Syamel pada Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL 32) Ahad lalu mencatat sejarah tersendiri apabila ditonton lebih 1.5 juta di laman YouTube sejak dimuat naik dua hari lalu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 26, berkata, dia terharu dan seronok apabila persembahan mereka ditonton berulang kali.

"Macam yang pernah dikatakan sebelum ini, saya dan Syamel cuba berikan persembahan terbaik pada AJL. Kami tidak mahu terlalu meletakkan harapan tinggi, cuma apa yang penting persembahan kami boleh diingati.

"Alhamdulillah, selepas AJL pun masih banyak yang memperkatakan mengenai persembahan ini. Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan maklum balas positif. Saya anggap ini satu tanggungjawab untuk berikan yang lebih bagus selepas ini," katanya kepada Harian Metro.

Ernie yang juga juara pertandingan Bintang RTM 2009 meluahkan rasa terharu apabila persembahannya bersama Syamel mendapat pujian beberapa penyanyi senior.

Antaranya, penyanyi Misha Omar yang menyifatkan Ernie dan Syamel terlalu bagus.

"Saya nak cakap sesuatu mengenai AJL 32, satu persembahan yang saya tak boleh lupa sampai hari ini adalah persembahan Ernie dan Syamel. Kenapa mereka hebat sangat?

"Ernie badan saja kecil, tetapi mana dia dapat suara begitu. Seperti tertelan dua speaker besar.

"Tahniah kepada Ernie dan Syamel. Jangan persiakan peluang ini. Teruskan dengan single terbaru sebab duet mereka sangat bagus," kata Misha menerusi Instagram Stories miliknya.

Selain itu, penyanyi Ziana Zain yang juga ibu saudara Ernie berkata, mereka layak diangkat sebagai Vokal Terbaik pada malam itu.

"Tahniah Ernie dan Syamel, anda berdua memang layak," tulisnya ringkas di laman Instagram.

Selain Ziana, Anuar Zain juga tidak ketinggalan merakamkan ucapan tahniah buat pasangan duet itu.

"Saya bersama Anuar Zain Network ingin mengucapkan tahniah kepada Ernie dan Syamel atas kejayaan memenangi Vokal Terbaik pada AJL 32. Kami semua bangga," katanya.

Sementara itu, di laman YouTube, kesemua komen yang ditulis menyatakan mereka masih tidak boleh 'move on' dengan persembahan itu.

Pengguna akaun Muzik Kita menulis: "Harapan baru muzik Malaysia, akhirnya bakat Ernie diletakkan di tempat yang betul. Maka malam tadi semua dah kenal Ernie. A very control, subtle and beautiful performance. A very bright future ahead," tulisnya.

Abiey Victor pula menulis, Ernie memiliki teknik vokal yang bagus.

"Ernie Zakri orang yang ada ilmu dalam teknik vokal. Dia juga ajar orang kelas vokal. Boleh nampak kawalan vokal dengan high note mixed voice yang harmoni dan resonant. Hebat," katanya.

Alina Alin pula berkata, persembahan Aku Cinta membuatkannya meremang.

"Goosebump dengar wehhh replay 20x tak puas dengar. Duo terbaik. Vokal terbaik. Padu!!! good luck Syamel dan Ernie," katanya.
Ernie, Syamel power! Ernie, Syamel power! Reviewed by Kakigosip on 17:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.