Enot rindu berlakon

LAMA menyepi, pelakon dan pelawak, Enot bagaimanapun mengakui rindu untuk kembali aktif berlakon.

Tambahan pula, tahap kesihatan wanita berusia 40 tahun ini semakin baik selepas didapati bebas daripada kanser usus yang dihadapinya, sejak beberapa tahun lalu.

“Saya sebenarnya rindu sangat nak berlakon. Rindu nak ke lokasi penggambaran.

“Alhamdulillah, kesihatan saya pun dah semakin bagus. Boleh dikatakan saya dah semakin pulih, dah boleh kembali bekerja.

“Lagipun, memang dah lama saya tak berlakon. Last saya berlakon pun drama Bibik-Bibikku,” katanya kepada Sinar Harian.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Aliza Abdullah ini mengakui kekurangan menerima tawaran berlakon selain dikenakan bayaran yang tidak setimpal.

“Saya harap ada produksi yang sudi memanggil saya semula untuk berlakon.

Bagaimanapun, kata Enot munkin ada penerbit atau pengarah yang tidak tahu dia sudah kembali berlakon.

Menurut pelakon ini, dia juga tidak demand, namun meminta produksi menilai kudrat pengalamannya.

Pada masa sama, Enot yang terkenal dengan karakter komedi turut berhasrat membawakan watak yang berbeza.

“Selalu saya ditawarkan dengan watak komedi. Saya nak juga cuba watak yang lebih serius atau psiko. Mana tahu boleh cabar diri kan?.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Laila Isabella ini juga mengimpikan untuk berlakon di samping aktor popular, Zul Ariffin.

Dalam pada itu, kini, Enot tampil lebih langsing dan cantik selepas bergelar duta produk pelangsingan badan, Lemonex sejak Julai lalu.

“Walaupun tiada tawaran berlakon, rezeki saya cukup murah dengan menjual produk ini. Sejak mencubanya, saya berjaya mengurangkan berat badan daripada 129 kilogram (kg) kepada 92 kg.

“Sasaran saya adalah 75 kg menjelang Mac nanti,” katanya.

Tidak hanya itu, Enot juga rancak menjalankan perniagaan membuat kek dan biskut serta menjual sambal bilis petai hijau.

“Sekarang ini, saya akan buat apa saja yang boleh mendatangkan rezeki,” katanya.
Enot rindu berlakon Enot rindu berlakon Reviewed by Kakigosip on 05:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.