Doktor sahkan tak patah

PELAKON Gambit Saifullah lega apabila keputusan Sinar-X (X-Ray) pada bahagian tulang bahunya tidak mengalami sebarang kecederaan atau patah.

Gambit, 33, berkata dia melakukan ujian itu selepas mengalami kesakitan teruk akibat terjatuh ketika bermain futsal pada hujung bulan lalu.

"Saya berasa sakit selama beberapa hari selepas terjatuh. Saya menjangka tulang bahu patah. Disebabkan itu, saya ambil keputusan membuat pemeriksaan berjumpa doktor pakar.

"Alhamdulillah, tulang bahu saya okey berdasarkan keputusan ujian yang keluar semalam. Jadi, selepas ini saya boleh bermain futsal dan bola sepak seperti biasa," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Gambit yang juga pelakon drama 3 Dara Kg Com berkata, awal tahun ini dia turut mengalami kecederaan pada bahagian buku lali kanan dan siku kiri.

"Sepanjang bulan lalu saya berehat sebulan dari semua aktiviti sukan dan seni disebabkan kecederaan dialami. Ia juga berpunca daripada bermain bola sepak.

"Bagi saya, ini perkara biasa. Memang tidak dapat nak elak pun. Cuma, selepas ini mungkin lebih berhati-hati. Saya bersyukur tidak ada kecederaan serius," katanya.

Menurut Gambit, disebabkan kecederaan itu, dia dapat meluangkan waktu bercuti bersama rakan di Pulau Cherating sebanyak tiga kali.
Doktor sahkan tak patah Doktor sahkan tak patah Reviewed by Kakigosip on 06:02:00 Rating: 5
Powered by Blogger.