Dituduh curi seluar dalam, Redza kesal cerita disensasikan

PELAKON Redza Rosli menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab mensensasikan cerita tidak benar berkenaan insiden dia ditahan oleh kakitangan sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru gara-gara mencuri seluar dalam.

Disebabkan itu, hero drama Isteri Untuk Diiktiraf ini menerima pelbagai kecaman menerusi penggilan telefon dan mesej di laman sosial.

“Cerita yang tentang saya mencuri seluar dalam yang tersebar di internet itu adalah tidak benar dan sengaja disensasikan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Apa yang berlaku sebenarnya, saya ditahan kerana pekerja butik berkenaan lupa menanggalkan alat pengesan pada pakaian yang dibeli.

“Namun gara-gara penulisan artikel dengan tajuk yang boleh mengundang fitnah, ramai yang fikir saya ditahan keran mencuri seluar dalam,” katanya kepada sebuah akhbar.

Terdahulu pengarah terkenal, Jinggo, telah berkongsi satu video berbentu gurauan yang mengatakan Redza ditahan kerana mencuri seluar dalam.

Video tersebut kemudiannya telah dikongsi beberapa pihak, namun dengan menggunakan tajuk yang telah mengelirukan orang ramai seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku.
Dituduh curi seluar dalam, Redza kesal cerita disensasikan Dituduh curi seluar dalam, Redza kesal cerita disensasikan Reviewed by Kakigosip on 06:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.