Dikir Puteri jadi pilihan peserta The Voice Thailand

SIAPA sangka lagu Dikir Puteri nyanyian ratu pop etnik, Noraniza Idris berkumandang dalam rancangan realiti TV popular,  The Voice Thailand, apabila peserta duonya memilih untuk menyanyikan lagu ini dalam salah satu persembahan mereka.

Biarpun sebutan dalam nyanyian mereka kedengaran sedikit pelat, namun persembahan tersebut berjaya menarik perhatian penonton yang kelihatan terhibur dengan persembahan unik buat mereka di sana.

Lebih menarik, lagu tradisional ini diberi sentuhan moden dengan menyelitkan elemen rap dalam bahasa Thailand menjadikan ia kedengaran lebih fresh dan menghiburkan.

Melengkapkan lagi persembahan tersebut, peserta duo yang dikenali sebagai Pathita dan Saran ini turut tampil menggenakan pakaian tradisional Melayu iaitu kebaya dan baju Melayu sambil diiringi kumpulan dikir barat.

Persembahan mereka ini telah menarik perhatian ramai, malah video rakamannya juga mula tular dan menjadi sebutan sehingga ke Malaysia.

Terkini, video persembahan mereka telah ditonton lebih 1.4 juta kali di YouTube dan Facebook sejak dimuat naik 11 Februari lalu.

Kalau orang luar boleh  memilih lagu tradisional kita dalam persembahan mereka, bagaimana pula dengan kita sendiri? Seharusnya kita berbangga dengan keunikan irama tradisional kita sendiri dan terus memperkenalkannya kepada masyakarat luar.

Setuju?
Dikir Puteri jadi pilihan peserta The Voice Thailand Dikir Puteri jadi pilihan peserta The Voice Thailand Reviewed by Kakigosip on 05:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.