Dihentam pasal komen batu api...

GARA-GARA memperomosikan makanan tambahan atau vitamin untuk kanak-kanak di laman sosial miliknya, pelakon Intan Najuwa teruk dikecam netizen termasuk doktor.

Intan yang dikenali menerusi drama Kekasih Paksa Rela lakonan bersama Remy Ishak berkata, dia mengakui kesilapannya dan berharap isu itu tidak diperbesarkan lagi.

"Bagi saya ini bukan masalah besar dan menganggap ia salah faham. Saya juga sudah menghubungi doktor berkenaan dan kami berbincang secara baik. Jadi, tidak ada isu besar pun.

"Apa yang membuatkan isu ini lagi besar mungkin disebabkan ada komen batu api daripada netizen sendiri," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Dalam masa sama, Intan berharap netizen boleh membuat teguran secara berhemah dan bukannya dengan menghentam atau menulis dengan kata-kata keterlaluan.

"Saya fikir kita semua kena berfikiran positif dengan tidak membesarkan isu yang tak patut. Macam saya sendiri, kalau buat salah saya akui dan tidak salah tegur cara baik," katanya.

Bagaimanapun, Intan memaklumkan video yang dimuat naik sudah dibuang bagi mengelakkan timbul isu berbangkit lain.

"Selepas berbincang dengan doktor berkenaan, kami setuju tidak besarkan perkara ini lagi. Jadi, kami ambil keputusan untuk buang status dimuat naik," katanya.

Bagaimanapun, netizen sempat membuat paparan skrin status dimuat naik Intan dan doktor dikenali Dr Rafidah Abdullah sebelum dimuat naik di sebuah forum sembang.

Sebelum ini, pengacara dan pelakon Neelofa turut dikecam gara-gara mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram Stories miliknya.

Menerusi keterangan gambar dimuat naik, produk itu boleh diberikan kepada bayi dan kanak-kanak.
Dihentam pasal komen batu api... Dihentam pasal komen batu api... Reviewed by Kakigosip on 06:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.