Dibenci Selepas Kena Cium Dengan Song Joong Ki

Siapa yang tidak kenal Song Joong Ki? Suami kepada aktres jelita Song Hye Kyo itu tidak hanya popular di negaranya sendiri malah menjadi kegilaan peminat serata Asia termasuk Malaysia.

Selain Hye Kyo, selebriti dan pelawak Korea, Shin Bora bole dikira bertuah kerana pernah mendapat ciuman daripada hero drama Decendents of The Sun itu ketika membual penampila dala sebuah program komedi, Konsert Gag.

Pun begitu, tidak seperti yang disangka kerana akui Shin Bora dia telah dibenci oleh ramai peminat gara-gara aksi ciuman tersebut. Malah sebuah kumpulan anti-peminat ('haters') sehingga kini masih mengutuknya.

"Song Joong Ki mencium pipi saya lalu semuanya menjadi huru hara," katanya

Meskipun mengetahui dirinya dibenci, namun Bora berkata dia berdepan dengan perkara itu secara tenang dan berani.

"Seharusnya saya perlu menahan semua itu kalau mendapat ciuman dari Song Joong Ki," tuturnya.

..

Shin Bora membuat pengakuan mengenai pengalamannya itu ketika menjadi tetamu program "1 vs 100" pada 6 Februari lalu.
Dibenci Selepas Kena Cium Dengan Song Joong Ki Dibenci Selepas Kena Cium Dengan Song Joong Ki Reviewed by Kakigosip on 04:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.