Daphne Iking jadi mangsa penyeluk saku

PENGACARA dan pelakon, Daphne Iking menjadi mangsa penyeluk saku ketika sedang membeli-belah di sebuah butik pakaian di Damansara, semalam.

Akibatnya, selebriti berusia 40 tahun ini kehilangan telefon bimbitnya.

"Sesiapa yang ada mencuba untuk hubungi saya dalam tempoh beberapa jam lalu, tapi tak dapat, saya minta maaf.

"Ini kerana, handphone saya dicuri. Yes, dicuri daripada beg saya," katanya menerusi satu perkongsian video di laman Instagramnya (IG).

Daphne berkata, kejadian itu hanya disedari selepas melihat sendiri rakaman CCTV di butik pakaian berkenaan.

"Ada dua orang berlegar-legar, memerhati dan berpura-pura kononnya sedang membeli-belah dan tiba-tiba mendekati saya.

"Ketika saya leka mencari pakaian, mereka dengan tiba-tiba mengambil handphone saya dengan cover up beberapa pakaian di tangan.

"Saya tak tahu macam mana nak terangkan, tapi mereka curi handphone saya begitu saja!," jelasnya.

Malah, Daphne turut menunjukkan rakaman CCTV bagaimana kejadian tersebut berlaku menerusi perkongsian video tersebut.

"An expensive lesson that I need to share with all of you," tulisnya.

Pada masa sama, pengacara program Say Yes To The Dress Asia ini turut berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya.

"Thank you staff of Uniqlo at the Curve for going the extra mile in helping me the best they could and to the friendly police personnel at Mutiara Damansara for assisting me with my report," tulisnya.

Mengakui terkilan, bintang filem Belukar ini bagaimanapun menasihatkan agar wanita di luar sana lebih berwaspada.

"Pickpocketed.

"Ladies.. Please be careful and use a zipped handbag or at least make sure your bag is in front of you at all times!," nasihatnya berserta #PBHJ, #MayYourBobotBerkurap dan #pickpocket.
Daphne Iking jadi mangsa penyeluk saku Daphne Iking jadi mangsa penyeluk saku Reviewed by Kakigosip on 14:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.