'Carilah pasangan yang mencintai kita': Serina Chef Wan

BIARPUN pernah mengalami keruntuhan rumah tangga, Serina Redzuawan terus positif demi memastikan kelangsungan hidupnya.

Terbaru, selebriti berusia 35 tahun ini berkongsi kata-kata motivasi khas buat individu yang sedang mencari pasangan terbaik di dalam hidup menerusi laman Instagramnya (IG).

Kata-kata motivasi itu berbunyi: Find someone who is proud to have you, scared to lose you, fights for you, appreciates you, respects you, cares for you and love you unconditionally.

Malah, anak kepada chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail ini menyeru agar kata-kata motivasi itu disematkan di dalam diri.

       
"Selamat pagi semua!! Kata-kata motivasi hari ini untuk kita semua. Kalau ada yang kecewa dalam cinta, buntu dengan kehidupan.

"Sematkan kata-kata ni sebelum mula langkah nak mencari pasangan terbaik dalam hidup kita," tulisnya.

Tambahnya, setiap manusia juga harus reda dengan ketentuan takdir yang telah ditetapkan ALLAH.

"Bila ALLAH SWT uji kita pisahkan kita dengan pasangan kita pasti ada hikmah dan akan digantikan dengan yang lebih baik.

"Carilah pasangan yang mencintai kita dan sayang kita sepenuh hatinya, yang boleh protect dan sentiasa menghargai kita, sanggup berkorban untuk kita saat kita susah dan menerima kelemahan kita.

"Moga kita semua dilindungi ALLAH SWT dan diberikan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan dunia akhirat. Aminn," tulisnya lagi.

Serina pernah berkahwin dengan Salahuddin Ghaffar atau Gavin Edward O'Luanaigh pada 2010 namun berpisah selepas tujuh tahun hidup bersama.

Menerusi perkahwinan yang dibina, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 8, dan Isabella Saffiya, 6.
'Carilah pasangan yang mencintai kita': Serina Chef Wan 'Carilah pasangan yang mencintai kita': Serina Chef Wan Reviewed by Kakigosip on 05:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.