Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali - Isteri Aliff Syukri

Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid berharap keputusan mereka tidak membawa dua anak angkat mereka sama-sama bercuti ke luar negara tidak menimbulkan sangkaan negatif hanya kerana status bayi-bayi itu sebagai anak angkat.

Menurut laporan mStar online, Shahida berkata Ameena dan Qayyum tidak boleh ke luar negara kerana masih terikat dengan peraturan ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Justeru kedua-dua bayi berkenaan tidak dapat menyertai percutian mereka sekeluarga ke London, United Kingdom sejak Sabtu lalu.

"Penat dah saya terangkan, Qayyum dan Ameena tidak boleh dibawa ke luar negara selama dua tahun kerana masih di bawah jagaan JKM, selepas tempoh tersebut barulah boleh buat pasport.

"Memandangkan Ameena bukan warganegara Malaysia, dia mungkin dibenarkan membuat pasport setelah berusia 18 tahun. Buat masa ini kita ikut sahaja syarat yang telah ditetapkan.

"Jangan buat andaian mengatakan kami tak bawa sekali sebab mereka anak angkat. Kalau boleh kami nak bawa semua ke sini," katanya sekaligus menjawab persoalan pengikut semasa sesi siaran langsung di laman Instagram milik suaminya pada Selasa.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan nasyid Solehah ini berharap netizen supaya berhenti melemparkan tohmahan dan kritikan tidak berasas kepada suami dan keluarganya.

Shahida dan Aliff Syukri Kamarzaman, 31, berkahwin pada Ogos 2007 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, dan Ibraheem Adham, 6 tahun.

Pasangan ini mengambil anak angkat, Ameena yang kini berusia 5 bulan dan Qayyum hampir tiga bulan.

Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali - Isteri Aliff Syukri Bukan Tak Mahu Bawa Ameena & Qayyum Sekali - Isteri Aliff Syukri Reviewed by Kakigosip on 13:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.