"Bukan Isu Serius" - Pendakwah Komen Tweet Fathia 'May Peace be upon him'

Pendakwah Islam dan Exco Pemuda UMNO, Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya berpendapat tindakan Nur Fathia Latiff menyelitkan ayat 'May Peace be upon him' menerusi statusnya di Twitter pada 3 Februari lalu tidak perlu diperbesarkan-besarkan.



Fathul yang dihubungi Malaysian Digest berkata, terjemahan perkataan itu tidak menjadi isu besar kerana ia membawa maksud sejahtera ke atas kamu kecuali jika Fathia menggunakan lafaz "S.A.W" (صلى الله عليه و سلم) kerana kalimah itu hanya untuk Nabi Muhammad S.A.W.

"Tentang penggunaan ayat itu tidak menjadi isu kecuali sekiranya dia menulis perkataan "S.A.W" (صلى الله عليه و سلم) kerana itu hanya untuk Rasullah S.A.W.

"Tetapi jika ia sekadar terjemahan, ia tidak menjadi isu yang serius," ulasnya ketika diminta memberikan pandangan mengenai tweet pelakon itu.

Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya.Ustaz Dr. Fathul Bari Mat Jahya.

Beberapa hari lalu, Fathia kembali 'mencari' perhatian netizen apabila melontarkan komen berhubung berita seorang penganggur dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas disabitkan bersalah kerana bunuh dan rogol seorang suri rumah tiga tahun lalu.

Fathia seolah-olah mempertikaikan hukuman gantung itu dan berpendapat sekiranya hukuman gantung sampai mati sudah termaktub (tidak boleh diubah) mengapa Y.D.P Agong mempunyai kuasa untuk membatalkan hukuman gantung terhadap mana-mana pesalah.

Rata-rata pengguna media sosial melemparkan kritikan dan tambah panas kerana Fathia menggunakan ayat "May Peace Upon him" (sejahtera ke atas kamu) bersama kenyataan tersebut. Bahkan netizen berpandangan dia tidak patut sewenang-wenangnya menggunakan kalimah itu kerana kalimah tersebut hanya merujuk kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

..

Dalam pada itu, Fathul berkata Fathia tidak seharusnya mempersoalkan mengenai hukuman berkenan serta menasihati pelakon itu supaya lebih berhati-hati dan peka dengan perkataan yang digunakan setiap kali memberi apa saja komen mahupun pandangannya supaya tidak disalah erti atau mencetuskan kontroversi.

"Dia seharusnya berfikir, betul-betul memahami serta mengkaji terlebih apa saja isu sebelum memberikan sebarang pendapat kerana secara tidak langsung menggambarkan intelektual dan cara dia berfikir.

"Pesan para ulama, kata-kata adalah milik kita selama mana kita tidak ungkapkannya kerana apabila kita ungkapkan ia akan datang dengan pelbagai tafsiran.

"Jadi bukan saja dia malah sesiapa saja perlu berhati-hati dalam menyusun kalimah dan peka dengan ketepatannya dari segi maklumat atau maksudnya supaya tidak menimbulkan sebarang isu, kontroversi atau kesalahan," nasihatnya.

"Bukan Isu Serius" - Pendakwah Komen Tweet Fathia 'May Peace be upon him' "Bukan Isu Serius" - Pendakwah Komen Tweet Fathia 'May Peace be upon him' Reviewed by Kakigosip on 13:37:00 Rating: 5
Powered by Blogger.