Bukan begitu niat saya

PELAKON Ardell Aryana atau nama sebenar, Nurul Hidayah Mohd Amin, 27, berharap peminat tidak menghukumnya kerana tampil tidak bertudung dalam filem terbaru, Surf This Love Gelora Juara.

“€œBersedia untuk dikecam atau tidak, ramai beranggapan saya buka tudung dalam lakonan sebab terdesak tiada tawaran.

“€œPadahal filem ini menjalani penggambaran pada 2016 yakni sebelum saya ambil keputusan untuk bertudung pada akhir tahun lalu,”€ katanya ditemui pada malam pratonton filem arahan Waan Hafiz, semalam.

Katanya, dia berasa sedikit selamat€™ sebab ketika penggambaran filem, dia juga belum memakai pendakap gigi.

Disebabkan itu juga, penampilan fizikal dan wajah di dalam filem agak berbeza dengan penampilannya pada masa ini.

Filem bakal ditayangkan Khamis ini menampilkan Ardell sebagai gadis yang meminati sukan luncur air.
Bukan begitu niat saya Bukan begitu niat saya Reviewed by Kakigosip on 05:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.