Bintang 'Glee' Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri

PELAKON Mark Salling yang popular menerusi watak sebagai Puck siri Glee meninggal dunia dipercayai membunuh diri.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Michael Proctor menerusi kenyataan kepada media menurut laporan CNN.

Mark, 35, dipercayai membunuh diri dengan menggantung dirinya dalam sebuah hutan di Tujunga, Los Angeles berdekatan kediamannya pada pukul 8.50 pagi Selasa (waktu tempatan).

"Saya boleh sahkan Mark Salling meninggal dunia pada awal pagi hari ini," kata Michael.

Dalam pada itu, Mark yang mengaku bersalah atas tuduhan memiliki sejumlah 50,000 bahan pornografi kanak-kanak pada Disember tahun lalu sedang menunggu hukuman di mahkamah pada 7 Mac depan.

Mark berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun.



Bintang 'Glee' Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri Bintang 'Glee' Meninggal Dunia, Dipercayai Bunuh Diri  Reviewed by Kakigosip on 06:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.