Bila susut 24 kg kerana Aunty

PENYANYI, Bila AF2015, menerusi akaun Instagramnya berkongsi gambar terbaru menunjukkan penyusutan berat badan daripada 140.8 kilogram kepada 116.8 kilogram.

“Alhamdulillah, penyusutan 24kg itu adalah hasil selepas melakukan transformasi selama tujuh bulan. Bila lihat hasilnya, saya semakin bersemangat untuk bekerja keras,” katanya kepada Harian Metro.

Bila atau nama sebenarnya Nur Najmi Nabila, 22, berkata, dia bertindak mengubah gaya hidup dan penampilan selepas ditegur peminat.

“Ada peminat yang saya panggil Aunty menegur saya ketika bertemu pada satu acara. Katanya, saya tak mahu nampak cantik dan lebih sihat?


“Kerana kata-katanya itu, saya tertarik menyertainya. Dia mengajar melakukan yoga, senaman aerobik dan mengamalkan diet seimbang,” katanya.

Menurut anak kepada pemain gitar bass kumpulan Wings, Eddie itu pada peringkat awal banyak cabaran yang dilaluinya.

“Mula-mula, saya elakkan makanan dan minuman bergula. Memang pada peringkat awal, banyak cabaran yang saya lalui.

“Namun, selepas susut sedikit, saya mula rasakan perubahan. Saya tidak mengah kalau naik turun tangga dan pernafasan saya ketika menyanyi juga semakin bertambah mudah,” katanya.

Bila bagaimanapun menolak mengambil produk pelangsingan badan kerana takut kalau-kalau ada kesan sampingan.

“Saya lebih selesa untuk cuba mengamalkan gaya hidup sihat dan susut secara semulajadi. Bukan apa, takut nanti ada kesan sampingan terhadap tubuh,” katanya.

Terbaru, Bila kini sedang melakukan persiapan untuk mengeluarkan album mini pertamanya.
Bila susut 24 kg kerana Aunty Bila susut 24 kg kerana Aunty Reviewed by Kakigosip on 06:21:00 Rating: 5
Powered by Blogger.