Betty, Ardy belum fikir destinasi bulan madu

ADIK bongsu kepada pelakon, pengarah Erma Fatima dan Umie Aida, Betty Rahmad selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya Ardy Damis, 31, pada 4 Februari lalu. 

Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Al-Makmuriah, Ustaz Muhammad Nazmi Abdul Samat dengan sekali lafaz di Glamhall, Damansara Perdana tepat jam 8.47 malam. 

Betty menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin dan senaskhah al-Quran yang telah dikhatam oleh suami sebagai hantaran.

Terdahulu, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada Oktober 2017 selepas empat tahun bercinta.

Menceritakan detik perkenalan, pasangan ini dipertemukan oleh Nora Danish dan suaminya, Nedim Nazri. 

“Sejak itu, kami mula menjadi rapat sehingga akhirnya menjalinkan hubungan cinta,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Betty lagi, personaliti dan kebolehan yang dimiliki Ardy turut membuatnya tertarik dengan jejaka berkenaan.

“Macam-macam dia boleh buat. Tangan dia sangat berseni dan kreatif. Dia boleh melukis, buat design atau bertukang sekalipun. Dia juga menjadi penyokong kuat dalam apa saja perkara yang saya lakukan termasuklah dalam bidang perniagaan,”  katanya.


Pasangan sejoli ini juga akan mengadakan resepsi di sebelah lelaki di Bandar Baharu Kedah pada 10 Februari depan.

“Selepas tamat resepsi, barulah kami akan terfikir soal honeymoon. Buat masa ini, kami masih belum terfikir lagi mahu ke mana,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Betty akan kembali sibuk ke lokasi penggambaran drama bersiri Mak Cun 3 pada Mac atau April depan.

Biarpun sudah mendirikan rumah tangga, Betty  akan tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.

Malah, pelakon berusia 36 tahun ini bersyukur kerana suaminya, Ardy sangat memahami akan kerjaya lakonannya.

“Sebenarnya, tiada apa yang berubah pun dan semuanya masih sama. Saya akan terus berlakon seperti biasa.

“Memang suami tidak letak apa-apa had, tapi apabila berlakon saya sendiri harus sedar mengenai status sebagai isteri orang,” katanya pada Sinar Harian.
Betty, Ardy belum fikir destinasi bulan madu Betty, Ardy belum fikir destinasi bulan madu Reviewed by Kakigosip on 05:15:00 Rating: 5
Powered by Blogger.