Berlaku Curang, Jay Z Ubah Sikap Demi Beyonce

PENYANYI rap Jay Z tampil secara terbuka bercakap mengenai kecurangannya terhadap Beyonce selain mengaku semua perbuatannya sehingga menyebabkan perkahwinan mereka bermasalah.

Bercakap kepada CNN, Jay berkata, perkahwinan mereka masih utuh sehingga ke hari ini kerana mereka mengambil pendekatan untuk berhadapan dengan masalah dihadapi berbanding mengambil jalan perceraian.

Jay memberitahu perkara terbaik yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kembali kepercayaan isterinya itu adalah mengubah sikapnya.

Jelasnya lagi, keputusannya untuk mempertahankan perkahwinannya sangat berbaloi demi anak-anak, keluarga dan isteri kesayangannya.

"Jika anda tidak pernah merasai cinta maka anda tidak akan faham.

"Jika anda tidak mempunyai perancangan atau cara meneruskan kehidupan maka anda terpaksa menghadapi kesannya," katanya.



Berlaku Curang, Jay Z Ubah Sikap Demi Beyonce Berlaku Curang, Jay Z Ubah Sikap Demi Beyonce  Reviewed by Kakigosip on 06:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.