Berani terjun bangunan

Ketika masih kecil, banyak perkara menakutkan aktres Emily Blunt. Namun, selepas bergelar pelakon, ada babak aksi tertentu dilakukannya sendiri.

Kata Emily, dia tidak sangka mampu mengumpul kekuatan dan keberanian untuk melompat dari bangunan tinggi sedangkan suatu ketika dulu dia sangat takut dengan lebah dan rumput.

“Saya kanak-kanak yang penakut. Saya takut dengan lebah dan rumput yang baru dipotong. Malah, saya takut dengan belon dan Santa Claus.

“Tetapi, itu dulu. Sekarang saya sudah boleh terjun dari bangunan tinggi. Saya juga melakukan aksi berbahaya ketika berlakon. Saya tidak sangka boleh melakukan semua itu,” katanya.

Sepanjang kariernya, Emily tidak pernah berehat terlalu lama. Selepas melahirkan anak sulungnya, Hazel, wanita itu kembali menjalani penggambaran tanpa perlu menurunkan berat badannya terlebih dulu.

Kata Emily, aktor Tom Cruise adalah individu memberikan motivasi agar dia menjaga pemakanan dan membuat senaman ringan ketika hamil agar dapat mengekalkan bentuk badannya.

“Dia menyarankan saya membintangi Edge of Tomorrow, selain menjaga pemakanan dan membuat senaman ringan. Saya ikut nasihat itu dan hasilnya saya tidak perlu bekerja keras menurunkan berat badan selepas melahirkan Hazel.

“Dia umpama pil diet saya kerana banyak memberikan tip supaya sentiasa menjaga berat badan. Sehingga ke hari ini, saya masih mengikut nasihatnya,” kata Emily.

Mampu melakonkan pelbagai watak, pelakon berusia 35 itu bagaimanapun enggan beraksi bogel walaupun ditawarkan bayaran mahal. Kata Emily, dia sudah berusia dan bergelar isteri serta ibu.

“Saya bukan lagi gadis berusia 20 tahun untuk melakonkan babak tanpa seurat benang. Saya ada suami dan dua anak perempuan.

“Walaupun diberikan bayaran lumayan, saya tetap dengan pendirian untuk tidak lagi menerima tawaran seperti itu. Bukannya tidak yakin dengan fizikal tetapi cukup-cukuplah,” katanya.

Bakal muncul dalam filem baharu berjudul The Lodgers, Emily dan suaminya, John Krasinki berganding membintangi naskhah seram itu yang akan ditayangkan bermula 20 Mac ini.

Pasangan itu gembira kerana selepas tujuh tahun menanti, akhirnya mereka dapat berlakon dalam filem sama.
Berani terjun bangunan Berani terjun bangunan Reviewed by Kakigosip on 06:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.