Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran 'Haters' PADAM DIRI SENDIRI

Biarpun sudah lebih seminggu berlalu, namun majlis perkahwinan bintang bertaraf antarabangsa, Yuna sehingga kini masih menjadi bualan netizen.

Yuna dan cinta hatinya, Adam Sinclair, selamat diijabkabulkan pada 26 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Rata-rata memuji kecantikan dan keindahan majlis pasangan ini bermula dengan majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort sehinggalah majlis resepsi yang diadakan di ibu negara.

Seperkara lagi yang tentunya menjadi bualan hangat ialah busana pengantin yang dipakai pelantun lagu Dan Sebenarnya itu, yang sekaligus menarik perhatian ramai sehinggakan viral di media sosial.

Namun, ada juga segelintir pihak mengecam gaun pengantin yang dipakai Yuna dengan melemparkan komen seolah-olah memperkotak-katikkan hasil rekaan pereka terkenal Hatta Dolmat, kononnya rekaan itu bukan rekaan baru sebaliknya pernah dihasilkan oleh pereka lain sebelum ini.

Tidak berdiam diri, Yuna akhirnya memberi respon di ruangan komen akaun Instagram miliknya. Dia meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap pihak berkenaan yang disifatkan sebagai kritikan yang melampau sekaligus mencabar mereka agar membuktikan kepakaran mereka dalam bidang fesyen.

"Kepada mereka yang mengambil gambar saya menerusi hashtag saya, hanya semata-mata mahu mengutuk gaun saya, tolong PADAM DIRI ANDA", tulisnya.

Dalam pada itu, Yuna juga memberitahu dia sangat menghargai hasi kerja keras Hatta yang sanggup berkorban masa dan tidak cukup tidur demi menyiapkan gaun pengantin untuknya. Justeru dia mencabar 'haters' berkenaan menunjukkan kepadanya lakaran rekaan mereka supaya orang lain juga boleh melihat kreativiti dan kepakaran pihak tersebut mengenai dunia fesyen.

Bagi Yuna, dia berharap rekaan gaun yang dihasilkan Hatta setidak-tidaknya dapat memberi inspirasi dan contoh terbaik kepada orang lain untuk sentiasa berkerja keras dalam menghasilkan sesuatu.
Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran 'Haters' PADAM DIRI SENDIRI Bengang Gaun Perkahwinannya Dikutuk, Yuna Saran 'Haters' PADAM DIRI SENDIRI Reviewed by Kakigosip on 13:26:00 Rating: 5
Powered by Blogger.