Bapa personaliti RTM, Iesya Toh kritikal di Makkah

PENYANYI dan personaliti RTM, Iesya Toh bersyukur apabila bapanya, Sanny Toh Abdullah kembali bernafas selepas menggunakan alat perentak jantung.

Bagaimanapun, bapanya itu masih berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Berita gembira itu disahkan oleh selebriti berusia 26 tahun ini menerusi laman Instagramnya (IG).

"SubhanaAllah.. Allahu Akhbar.. Allahu Akhbar.. Mutawif baru update (sebab Abah memang tak bawa handphone, handphone Umi pula tak on WiFi..kami memang tak dapat contact dengan Umi Abah) Kuasa Allah Maha Besar..

"After pihak doktor hospital sahkan Abah meninggal dunia, mereka still guna alat Cardioversion with DC shock… kali ketiga, jantung Abah respon and function..cuma sekarang dalam keadaan tidak stabil dan di ICU/CCU..,” tulisnya.

Sehubungan itu, pengacara Selamat Pagi Malaysia ini berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Mohon doakan yang terbaik buat Abah.. aamiin. Abah dalam ihram..sayunyaaaa. Apa pun kami redha…,” tulisnya.

Pada masa sama, Iesya turut melahirkan rasa rindu kepada bapanya selain berharap agar ibunya terus tabah menghadapi ujian.

Difahamkan, kini, kedua ibu-bapanya itu sedang menunaikan ibadah umrah.

“Abah, Nor rindu!!! Nor tak puas peluk Abah! Kalau Nor tau, Nor nak tidur dengan Abah malam tu!.

“Kami tak letak harapan tinggi.. Allah dah bukakan pintu hati doktor yang bertugas untuk terus ikhtiar.. Alhamdulilah.. apapun nanti kami terima. Umi, Umi kuat ok kat sana,” luahnya.
Bapa personaliti RTM, Iesya Toh kritikal di Makkah Bapa personaliti RTM, Iesya Toh kritikal di Makkah Reviewed by Kakigosip on 04:50:00 Rating: 5
Powered by Blogger.