Bapa David Teo meninggal

BAPA kepada penerbit filem terkenal, Mejar (K) David Teo meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita tersebut dikongsikan oleh pihak Metrowealth (MiG) menerusi akaun Instagram mereka sebentar tadi.


Menurut wakil syarikat berkenaan, bapa David, Teo Tuan Ching, 89, meninggal akibat kanser paru-paru di kediamannya di Segamat, Johor Bahru.

"Mendiang sebelum ini tinggal bersama Encik David di Kota Kemuning dan pulang ke Segamat kira-kira dua minggu lepas.

"Encik David sempat berada di sisi ayahnya sebelum mendiang menghembuskan nafas," katanya.

Mendiang sebelum ini pernah meluahkan rasa gembira kerana diberi kesempatan hidup lama dan ke semua anaknya sudah berjaya.

"Saya rasa gembira boleh hidup sampai ini umur, semua anak dah berjaya ," ujarnya kepada David Teo sebelum ini.

Tuan Ching akan dikebumikan di Segamat, Selasa depan.
Bapa David Teo meninggal Bapa David Teo meninggal Reviewed by Kakigosip on 05:57:00 Rating: 5
Powered by Blogger.