Awak baik, saya terima awak....

PELAKON kelahiran Singapura, Nadiyah Shahab mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya Ben Ali pada 24 November depan.

Nadiyah berkata, majlis pernikahannya akan diadakan di Singapura dan disusuli dengan majlis persandingan sebelah lelaki di Kuala Lumpur.

"InsyaAllah majlis pernikahan akan berlangsung pada 24 November depan di Singapura. Namun sehingga kini saya masih mencari lokasi yang sesuai.

"Kami juga merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah lelaki di Kuala Lumpur memandangkan keluarga Ben menetap di Perlis. Jadi ia lebih adil dan menyenangkan," katanya.

Menurut Nadiyah, meskipun sibuk dengan persiapan perkahwinannya, dia akui beruntung kerana Ben bijak menyusun jadual seninya.

"Ben adalah kawan pertama ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur dua tahun lalu.

"Dia yang banyak membantu dan menguruskan jadual seni saya sehingga ke hari ini. Saya percaya, selepas berkahwin proses ini akan lebih mudah dan teratur," katanya.

Terdahulu pelakon drama Lafazkan Kalimah Cintamu itu mengikat tali pertunangan dengan Ben yang juga seorang pelakon pada 13 Januari lalu.
Awak baik, saya terima awak.... Awak baik, saya terima awak.... Reviewed by Kakigosip on 04:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.