As'da Motawh tolak tawaran berlakon di Indonesia

BINTANG viral, As'da Motawh yang terkenal dengan lagu Senyum, memberitahu dia terpaksa menolak tawaran berlakon di Indonesia.

Hal ini kerana dia perlu memberi tumpuan terhadap peperiksaan SPM selain minatnya lebih kepada bidang nyanyian.

"InsyaALLAH dalam masa akan datang.  Saya ada berlakon sikit-sikit tapi tak serius pun. 

"Saya juga ada dapat tawaran berlakon di Indonesia tapi terpaksa tolak sebab saya sebenarnya lebih suka menyanyi.

"Berlakon perlu ambil masa yang banyak, terpaksa hafal skrip sendiri dan dalam masa yang sama nak kena ingat juga skrip orang lain jadi macam susah je. Jadi saya fokus menyanyi sahaja buat masa ini," ujar As'ad jujur.

Bercerita mengenai lagu Senyum pula, anak muda 17 tahun ini kini sudah mampu tersenyum lebar kerana lagu tersebut sudah mencecah lebih 11 juta tontonan sejak dilancarkan pada  18 Ogos tahun lalu.

"Terima kasih kepada peminat yang menyokong single pertama saya ini.  InsyaALLAH, saya akan muncul dengan single kedua pada bulan April nanti," jelasnya.

Ditanya pula sama ada, kejayaan itu dibantu oleh wajahnya yang cute, As'ad hanya ketawa dan berkata;

"Mungkin...biasa je kut," jelasnya.
As'da Motawh tolak tawaran berlakon di Indonesia As'da Motawh tolak tawaran berlakon di Indonesia Reviewed by Kakigosip on 05:30:00 Rating: 5
Powered by Blogger.