Apa kena kau datin ciplak? : Rebecca

LUAHAN pelakon Rebecca Nur Al Islam di Insta Stories miliknya semalam menarik menarik ramai apabila ia dipercayai ditujukan kepada salah seorang pelakon bergelar datin.

Menerusi luahan itu, Rebecca atau Becca mendedahkan sikap buruk pelakon tersebut yang sebelum ini merupakan rakan baiknya.

Kata Becca, pelakon tersebut bukan hanya menghasut rakan-rakannya, tetapi sering menyindirnya di Instagram sehingga dia hilang sabar dan bertindak untuk menyekat akses pelakon tersebut ke laman sosialnya.


Berikut adalah antara luahan yang ditis Becca di IG Story miliknya semalam.

“Kau tak puas hati dengan aku, dengan aku sajalah. Ini semua kawan aku kau angkut hasut. Apa kena kau datin ciplak. Kau kena ingat, kau jangan sampai aku pecahkan semua apa yang kau cakap dan buat pada laki kau. Datin muda kolot!”

Tidak hanya setakat itu, luahan yang berbaur kemarahan itu turut menyentuh tentang cerita peribadi pelakon yang dimaksudkan.

Menurutnya, pendedahan itu dibuat kerana dia telah hilang sabar dengan tindakan pelakon tersebut yang sering menyindirnya di laman sosial.

           
Berikutan luahan itu, ramai pengikut Becca di IG telah meninggalkan mesej menerusi DM bagi menyatakan sokongan mereka.

Malah Becca turut berkongsi mesej-mesej tersebut secara terbuka.

Apa pun yang berlaku, dan walau siapa pun yang dimaksudkan Becca, semoga segala pertelingkahan dan masalah ini dapat diselesaikan dengan sebaiknya.
Apa kena kau datin ciplak? : Rebecca Apa kena kau datin ciplak? : Rebecca Reviewed by Kakigosip on 06:11:00 Rating: 5
Powered by Blogger.