Anak Sangka Blake Lively Terlupa Pakai Seluar

Aktres Blake Lively mengaku penampilan dan fesyen yang digayakan baru-baru ini telah 'dikritik' oleh anaknya perempuannya sendiri.

Mendedahkan mengenai situasi yang dianggap lucu itu, isteri kepada pelakon Ryan Reynolds ini berkata, anaknya James yang berusia tiga tahun menegur dan menyangka dia terlupa untuk memakai seluar. Sedangkan ketika itu dia sudah siap melaram dengan mengenakan sweater (baju panas) koleksi Haider Ackerman dengan potongan paras peha dan dipadankan dengan kasut but Valentino.

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon siri Gossip Girls ini memuat naik sekeping foto menunjukkan gaya penampilan dengan pakaian tersebut berserta kapsyen,

True story: As the elevator closed my daughter yelled after me, “Oh no mama, you forgot your pants!” ("Kisah benar: Sebaik lif ditutup anak perempuan saya menjerit kepada saya, 'Oh tidak mama, kamu terlupa seluar kamu!' tulisnya.

..

Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi dan komen daripada pengikutnya. Rata-rata memberi komen mereka berasa lucu dan terhibur dengan gelagat anak pertama Blake itu.

Selain James, Blake juga mempunyai seorang lagi cahaya mata, Ines yang kini berusia 16 bulan.

Sebelum ini, selebriti berusia 30 tahun itu juga berkongsi pengalamannya kehilangan berat badan sebanyak 61lb (lebih kurang 28kg).

"Terima kasih @donsaladino kembalikan bentuk badan saya kepada bentuk S, dalam tempoh 10 bulan untuk mendapatkan, 14 bulan untuk kehilangan (berat), saya berasa sangat bangga," tulisnya di media sosial.

Blake memberitahu selepas bersalin anak kedua, dia mendisiplinkan dirinya dengan mengamalkan senaman enam kali seminggu. Dia melakukan senaman (upper body) pada setiap hari Isnin, senaman (lower body) pada hari selasa. Hari haru ialah hari untuk berenang. Hari Khamis kembali dengan senaman (upper body), Jumaat (lower body) dan Sabtu ialah hari melakukan senaman pada bahagian lengan dan bahu.

Di samping itu, Blake juga mengamalkan pemakanan sihat iaitu diet gluten yang ketat.

"Saya tidak mengambil gluten dan soya. Hanya mempunyai keseimbangan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran.

"Dan ia tidak teruk, seperti saya makan nasi dan sushi," katanya.
Anak Sangka Blake Lively Terlupa Pakai Seluar Anak Sangka Blake Lively Terlupa Pakai Seluar Reviewed by Kakigosip on 12:16:00 Rating: 5
Powered by Blogger.