Anak pertama, kedua Nadya Shahera beza 11 bulan

PELAKON berbakat, Nadya Shahera selamat melahirkan anak keduanya di Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), pada 7 Februari lalu.

Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey ini dikurniakan bayi lelaki dengan berat 2.85 kilogram (kg)  dan panjang 53 sentimeter (cm).

Bayi itu kemudiannya diberi nama Mohamad Dayyan.


Berita gembira itu diumumkan melalui laman Instagramnya (IG).

"Alhamdulillah. Officially mommy of two," sambil disertai #babyboy, #day4 dan #doayangbaikbaik.

Bahkan, suaminya, Fizul Nawi turut memuat naik status mengenai kedatangan orang baru dalam hidup mereka.

"Syukur Alhamdulillah dikurniakan hero @dayyanfn anak ke 2. Berat 2.85 kg, panjang 53 cm, jam 8.08pm," tulisnya.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 25 tahun ini turut membuka laman IG buat anaknya itu atas nama @dayyanfn.

"Assalamualaikum dunia. Alhamdulillah syukur Mohamad Dayyan dilahirkan pada jam 8.08pm 7/2/2018. 11 bulan beza dengan kak @aleenarose_ .2.85 kg, 53cm," tulisnya.

Nadya dan suaminya, Fizul berkahwin pada September 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Aleena Rose, 11 bulan.
Anak pertama, kedua Nadya Shahera beza 11 bulan Anak pertama, kedua Nadya Shahera beza 11 bulan Reviewed by Kakigosip on 22:41:00 Rating: 5
Powered by Blogger.