Anak Liam Payne Boleh Bercakap Dengan Hantu?

Penyanyi Liam Payne mendedahkan putera sulungnya, Bear yang berusia 11 bulan memiliki kelebihan boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu.

Berkongsi lanjut, anggota kumpulan One Direction itu berkata, kekasihnya, Cheryl Cole yang mula menyedari perkara tersebut. Ketika itu dia sedang tidur bersama Bear namun tiba-tiba Cheryl ternampak bayinya itu seolah bercakap sendiri dan menunjuk ke satu arah.

"Saya sedang tidur dan Bear duduk di atas lututku. "Dia (Bear) mulai bercakap entah dengan siapa sambil menunjuk ke satu arah."

Terkejut dengan tingkah laku anaknya itu namun Liam sedia maklum kebiasaannya anak kecil boleh melihat makhluk halus.

"Siapapun pasti terkejut dan akan mula berfikir, apakah ada hantu di bilik?. Tapi biasanya anak kecil bole melihatnya (hantu)," cerita Liam.

Ini bukanlah pertama kali Liam menceritakan pengalamannya mistik yang dialaminya sekeluarga. Sebelumn ini, pelantun "For You" itu pernah mendakwa rumahnya berhantu.

"Kami membeli sebuah rumah. Ketika Cheryl hamil, kami menetap di Los Angeles. Ternyata, ada hantu di kamar atas," tuturnya.

Selain itu, Liam juga pernah bercerita bahawa ibu Cheryl pernah didatangi seorang wanita dan mengatakan ada hantu di rumah itu. Wanita tersebut menggambarkan hantu itu adalah lelaki.

"Ibu Cheryl keluar bersama pengurus rumah kami, dan kemudian seorang wanita mendatangi mereka. Wanita itu memberitahu, 'Ada hantu di rumah kamu.

'Hantu lelaki, memakai baju tentera," katanya Liam

Bagaimanapun, penyanyi berusia 24 tahun itu sehingga kini belum pernah terserempak dengan hantu yang diperkatakan itu. Cuma dia sering melihat seperti ada cahaya yang dalam rumahnya setiap kali sekitar jam tiga pagi.

"Saya tidak pernah melihatnya (hantu). "Tapi saya tahu ada cahaya yang terlihat dari dalam rumah sekitar pukul tiga pagi," beritahunya.
Anak Liam Payne Boleh Bercakap Dengan Hantu? Anak Liam Payne Boleh Bercakap Dengan Hantu? Reviewed by Kakigosip on 04:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.