Ameng Amalkan Mengaji, Bertaranum Sebagai Latihan Vokal

Vokalis kumpulan Spring, Ameng bersyukur kerana dia masih mampu menyanyikan banyak lagu meskipun mengakui staminanya tidak lagi seperti ketika di zaman muda dahulu.

Memetik laporan Kosmo!, penyanyi berusia 52 tahun ini berkata dia selalu mengamalkan membaca Al-Quran dan bertaranum sebagai latihan vokal. Selain itu dia melakukan senaman seperti berjoging dan ke gimnasium

"Pada usia sebegini, saya masih mampu untuk menyanyi banyak lagu tetapi tidak dinafikan stamina sudah tidak kuat seperti waktu muda dahulu. Sekarang saya banyak melakukan aktiviti sihat seperti berjoging dan pergi ke gimnasium.

Untuk vokal pula, setiap hari selepas Subuh saya akan mengaji dan bertaranum. Saya memang menjadikan amalan mengaji sebagai latihan untuk menyanyi kerana mengaji banyak membantu kita mengawal dan menggunakan pernafasan dengan betul.

Ameng bersama anggota Spring yang lain kini dalam persiapan untuk konsert yang akan berlangsung pada 9 Mac depan di Restoran D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur. Spring bakal mempersembahkan sebanyak 12 buah lagu popular mereka seperti Kerana Budi, Sejiwa, Butakah Cinta, Sepi Tanpa Cinta, Bourgenvilla, Sampai Hati dan Pesanan Buat Kekasih.

Akui Ameng, ketika di pentas Gegar Vaganza yang lalu dia menghadapi kesukaran untuk menghafal lagu namun janjinya pada peminat Spring, dia akan memastikan perkara itu tidak akan berlaku sepanjang di konsert nanti.

Tidak dinafikan sewaktu menyertai GV3, saya menghadapi kesukaran menghafal lagu tetapi ia tidak akan terjadi pada konsert ini kerana semuanya lagu saya. Saya hanya sukar menghafal lagu orang lain sahaja," katanya.

Ameng Amalkan Mengaji, Bertaranum Sebagai Latihan Vokal Ameng Amalkan Mengaji, Bertaranum Sebagai Latihan Vokal Reviewed by Kakigosip on 05:12:00 Rating: 5
Powered by Blogger.