ALLAH dah makbulkan doa hamba-Mu: Saharul Ridzwan

DIKURNIAKAN sebuah keluarga yang bahagia, pelakon popular, Saharul Ridzwan menzahirkan rasa syukurnya kepada Yang Maha Esa.

“ALLAH dah makbulkan doa hamba-Mu ini dengan hadirnya dua insan tersayang yang melengkapkan hidupku,” luahnya di Instagram (IG).

Pelakon yang mencipta nama menerusi drama bersiri Hati Perempuan ini mendirikan rumah tangga dengan Qaabila Deena Emir pada 16 September 2016.

Hasil perkongsian hidup, pasangan sejoli ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhamad Luth Ali yang kini berusia lapan bulan.

Malah, sebagai ketua keluarga, selebriti berusia 29 tahun ini sedar akan tanggungjawabnya untuk membimbing keluarga kecilnya itu.

“Insya-ALLAH, wajib untukku bimbing dan membawa amanah ALLAH ini bersama-sama ke syurga.

“ALLAH Maha Mengasihani. Bantulah hamba-Mu yang lemah ini. Berikanlah kekuatan untuk aku menggalas tanggungjawab dengan keredaan-Mu Ya Rabb. Amin,” katanya.
ALLAH dah makbulkan doa hamba-Mu: Saharul Ridzwan ALLAH dah makbulkan doa hamba-Mu: Saharul Ridzwan Reviewed by Kakigosip on 22:01:00 Rating: 5
Powered by Blogger.