Aktres Sex and the City Umum Kematian Adiknya

Aktres Sex and the City, Kim Cattrall mengumumkan semalam, adiknya yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu sudah meninggal dunia.

"Dengan penuh dukacita kami sekeluarga mengumumkan pemergian mengejut anak lelaki yang juga adik lelaki kami, Chris Cattrall," katanya dalam tweet, kurang 24 jam selepas merayu orang ramai membantu mencarinya.

"Buat masa ini kami meminta agar ruang peribadi kami dihormati. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua media sosial atas kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bagi anda," katanya tanpa menyatakan punca kematian.

Chris hilang sejak 30 Januari lalu, dan meninggalkan kunci, telefon bimbit dan dompetnya di atas meja rumahnya di bandar Lacombe, wilayah Alberta Kanada sementara pintu depannya dibuka.

"Ini bukan cara Chris. Dia tidak akan meninggalkan rumah tanpa dikunci, tanpa dokumen pengenalan diri dan juga tujuh anjing kesayangannya," tulisnya.

Polis Diraja Kanada turut mengeluarkan amaran pada Ahad. Televisyen CBC memetik polis sebagai berkata Chris Cattrall bukanlah suspek dalam mana-mana kes
Aktres Sex and the City Umum Kematian Adiknya Aktres Sex and the City Umum Kematian Adiknya Reviewed by Kakigosip on 13:34:00 Rating: 5
Powered by Blogger.