Aksi KJ, anak belajar masak ikan curi perhatian

SEKALI lagi mencuri tumpuan, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkesempatan merakamkan sebuah video sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Lebih istimewa, video itu dirakamkan bersama anak sulungnya, Jibreil Ali dan masyarakat Cina di Rembau.

Video itu memaparkan simbolik hidangan berasaskan ikan terutama ketika adat makan besar di hari perayaan tersebut.

"Melalui pengalaman ini, saya memahami bahawa masakan ikan mempunyai banyak maknanya yang tersendiri, terutama semasa sambutan makan besar.

"Antara lain, hidangan itu melambangkan kemakmuran yang melimpah-ruah," tulisnya di laman Facebook (FB).

Menariknya, Khairy dan anaknya yang melawat pemilik restoran, Mui Fong iaitu Yin Fah dan suaminya, Leong sambil belajar memasak hidangan ikan khas untuk Tahun Baru Cina.

"Terima kasih diucapkan terutama kepada Aunty Yin Fah, pemilik Mui Fong di Pekan Rembau serta suaminya, Uncle Leong kerana sudi mengajar Jibreil dan saya untuk menyediakan hidangan istimewa berkenaan," tulisnya lagi.

Malah, hidangan yang disediakan mereka turut dijamu kepada beberapa pelanggan di restoran berkenaan.

"Buat masyarakat Tionghua secara keseluruhan, selamat bercuti dan selamat meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga dan sahabat handai.

"Semoga kemakmuran yang Malaysia nikmati selama ini akan terus kita kekalkan.

"Xin nian kuai le. Wan shi ru yi. Nian nian you yu," tulisnya lagi.
Aksi KJ, anak belajar masak ikan curi perhatian Aksi KJ, anak belajar masak ikan curi perhatian Reviewed by Kakigosip on 06:00:00 Rating: 5
Powered by Blogger.