AJL 32: Jampi Dinobat Juara

Lagu Jampi ciptaan Ezra Kong dan Hael Husaini dinobatkan sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 malam tadi.

Dengan kemenangan lagu yang dinyanyikan Hael, mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Naib Juara dimenangi komposer Faizal Tahir dan Mike Chan dengan lagu Sejati yang dipersembahkan vokalis Caliph Busker, Azmi Saat. Mereka menerima wang tunai RM35,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Tempat ketiga disandang lagu Tergantung Sepi ciptaan Ibnu dan Gouffran nyanyian Haqiem Rusli. Mereka menerima wang tunai RM20,000, baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000 dan trofi.

Syamel dan Ernie Zakri yang mendendangkan lagu Aku Cinta diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik. Mereka membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop RM2,000.

Manakala aksi bertenaga Altimet yang menyampaikan lagu Amboi melayakkan dirinya menerima trofi Persembahan Terbaik. Altimet menerima wang tunai RM12,000 dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM2,000.

Majlis yang dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak dan Pengerusi Media Prima Bhd (MPB), Tan Sri Ismee Ismail, itu digamatkan dengan persembahan bertenaga beberapa artis.

Persembahan 12 finalis AJL diadili 10 juri profesion pelbagai latar belakang iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Wah Idris, Datuk Ramli Sarip, Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah), Helen Yap, Sharon Paul, Edrie Hashim dan Aizat Amdan.

Azmeer bertindak sebagai ketua juri.

Penghakiman dilakukan berdasarkan markah sebanyak 80 peratus yang diadili terlebih awal manakala 20 peratus lagi melalui persembahan pada malam kemuncak.

Diangkat sebagai acara muzik tahunan berprestij tempatan, AJL 32 yang yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Axiata Arena, Bukit Jalil mengangkat 'Fesyen dan Muzik' sebagai tema persembahan.
AJL 32: Jampi Dinobat Juara AJL 32: Jampi Dinobat Juara Reviewed by Kakigosip on 14:06:00 Rating: 5
Powered by Blogger.