Aisyah Aziz rahsiakan teman lelaki?

MENGAKUI sedang mengenali hati budi seseorang, Aisyah Aziz bagaimanapun lebih selesa mengambil pendekatan berdiam diri.

Ini kerana, penyanyi berusia 23 tahun ini menyifatkan kisah tersebut sebagai terlalu peribadi selain mahu menjaga privasi.

"Saya rasa semua orang tahu saya memang very private person dan tak suka berkongsi kisah peribadi saya.

"Sebabnya, I dont like to answer about the relationship goal all the time. Ia buat saya penat dan jadi tak selesa.

"Jadi, siapa yang tahu, tahulah, siapa yang tak tahu, biarlah tak tahu. Lagipun, ia tak penting pun," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui pada pelancaran single terbarunya, Indah Pada Waktunya, semalam.

Pun begitu, penyanyi kelahiran Singapura ini menyedari akan statusnya sebagai selebriti yang sentiasa mendapat perhatian daripada masyarakat.

"Saya rasa itu betul, tapi ada masanya kita juga perlu diberi ruang.

"Lagipun, saya bukan jenis yang suka share kisah peribadi di Instagram (IG). Jika ya, saya seperti itu, ya OKlah untuk ditanya.

"Tapi, saya akan berbuat demikian jika benar jodoh saya betul-betul dah sampai. Kalau belum, memang saya tak suka nak berkongsi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Aisyah sedang sibuk dalam rangka mempromosikan single terbarunya, Indah Pada Waktunya duet bersama penyanyi Indonesia, Rizky Febians.

Aisyah Aziz rahsiakan teman lelaki? Aisyah Aziz rahsiakan teman lelaki? Reviewed by Kakigosip on 08:09:00 Rating: 5
Powered by Blogger.